Sunday

TAK PERCAYA.. DIA PEGANG LIMA WAKTU!!!!!!!!!!

Assalammualaikum wbt. Alhamdulillah,sekali lagi diberi keizinan untuk menulis di ruangan blog yang tidak seberapa ini.. Seorang teman telah bertandang ke kelas.. Maklum sahaja saat itu sehari sebelum Pmr,maka ramai teman yang telah pulang.. Pada masa itu , adalah ulang tahun kelahiran teman ku itu.. Aku mengucapkan 'selamat pendek umur".. Tak ku sangka ucapan itu membawa seribu pertanyaan,, teringat akan ucapan yang turut diucapkan oleh pengarang "nota hati seorang lelaki" yang turut mengucapkan perkataan itu pada temannya..

Kesimpulan pada ucapan itu adalah,semakin panjang umur itu,semakin pendek juga jangka hayat dan semakin dekat dengan kematian.. Makin lama kita melihat bumi,kita tetap akan berjumpa dengan Al Khaliq.. Berbalik kepada tajuk,  pernahkah kita sedar diri kita sering terjebak ke kancah maksiat? Aneh bukan.. Allah telah berfirman di dalam Surah Al Isra' "la taqrobuzzina" janganlah kamu mendekati zina ,Sesungguhnya zina itu amat berat seksaannya.. Astaghfirullah,memang banyak dosa ini,,mata yang melihat maksiat tetapi tidak mampu mencegahnya,telinga yang mendengar perkataan sia-sia tidak mampu menegah,mulut yang kurang lesen sukar untuk dikawal.. Baru-baru ini berkenaan dengan laman sosial yang memaparkan maksiat.. Ramai yang terkejut kerana si pelaku merupakan seorang yang begitu kuat beribadah.. Mari kita renung semula kisah di zaman dahulu.. Kisah ini tentang seorang ahli kitab yang begitu rajin beribadah ,namun kerana sering kali mendengar akan hasutan syaitan agar dia melakukan maksiat.. Akhirnya disaat dia hampir dihukum bunuh,dia merayu pada syaitan agar dibebaskan daripada perkara yang memalukan,lantas syaitan mengarahkan dia untuk tunduk menyembahnya. Akhirnya dia meninggal dalam keadaan dia mensyirikkan Allah sedangkan dia seorang kuat beribadah. Pembaca yang dirahmati Allah sekalian,bukan niat untuk mengumpat namun harus di ingat bahawa sesetengah aib itu adalah perlu dibuka sebagai pengajaran buat semua.



Boleh jadi solat yang dilakukannya itu tidak diterima,sehingga mengakibatkan dia masih bergelumang dengan dosa sehingga sanggup berzina! Teringat sebuah kisah di zaman Nabi Musa Alaihi Salam. Seorang wanita yang baik parasnya,meskipun tidak bersolek wajahnya tetap ayu tetapi kesedihan mencengkam dirinya. Di saat sampai ke rumah Nabi Musa A.S,wanita itu lantas mengetuk pintu dan memberi salam. Setelah mendengar jawapan "silakan masuk" wanita itu melangkah masuk sambil tertunduk.

Air matanya jatuh berguguran apabila mengatakan " “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah, jangan ragu-ragu,” desak Nabi Musa. Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari penzinaan itu, saya pun…. hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati,” cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.


Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.
Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.
Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang  nista itu?” “Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besardaripada seribu kali berzina.”
Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.
Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya. Sumber : KH ABDURROHMAN (iluvislam.com). Pengajaran dari cerita tersebut adalah solat itu teramat penting sehinggakan Rasulullah pernah bersabda apabila seorang lelaki mengadu padanya tentang seorang lagi lelaki yang solat pada waktu malam tetapi mencuri pada waktu siang. Lalu baginda menjawab "sesungguhnya apa yang dibaca (solat) mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar." (HR Imam Ahmad Bin Hanbal).

Dari cerita tersebut dapatlah kita simpulkan bahawa solat itu pencegah mungkar,bisa sahaja solat yang dilakukan tidak diterima Allah. Terdapat 10 golongan yang mana solatnya itu tidak diterima oleh Allah S.W.T,iaitu:

  1. orang lelaki yang solat sendirian tetapi tidak membaca sesuatu.
  2. orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak membayar zakat.
  3. orang lelaki yang meminum arak dan tidak meninggalkannya (bertaubat).
  4. orang lelaki jadi imam (pemimipin) tetapi makmum membencinya.
  5. orang lelaki yang melarikan diri.
  6. orang perempuan yang solat tetapi tidak direstu suami (solat malam).
  7. orang perempuan yang solat tetapi tidak bertudung (menampakkan aurat).
  8. imam atau pemimpin yang zalim atau menganiayai
  9. orang yang memakan riba'
  10. orang yang solat tetapi tidak dapat mencegahnya berbuat kemungkaran.
Perlu diingat pembaca yang budiman sekalian,solat itu adalah tiang agama,sekali ia roboh begitu sukar untuk kita kembali ke jalan yang lurus,cara untuk mengelakkan diri kita ini terjebak ke dalam kancah maksiat adalah dengan mentaddabur Kalammullah,surat cinta dari Allah sendiri. Ingatlah Allah maka hati akan tenteram 13:28. 

Sekian sahaja coretan kali ini,maaf andai ada yang tersalah.
Yang baik itu datang dari Allah,
Yang buruk itu juga datng dari Allah tetapi diburukkan lagi oleh diri sendiri,
Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...