Tuesday

Surat Layang Buat Temanku.

Bismillahhirrahmannirrahim,
Assalammualaikum warahmatulllah,
         Khas buat teman,
Di dalam warkah ini aku nak minta maaf pada semua.  Maaf sebab tak larat nak tulis ikut format dan juga ditujukan khas untuk sorang-sorang. Guna bahasa hentam sahaja. Hari ini , aku mendapat satu ibrah dari Allah,mungkin ini balasannya untuk aku selama ini. Orang yang mengajak tapi tak bersungguh-sungguh. Allah!!! terkesan dengan sifat ku sendiri. Allah berfirman dalam surah As-Saff : 3 " sungguh besar kemurkaan Allah terhadap kamu,kerana kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak perbuatkan ."  Aku berapi-api mengatakan ini,itu,tapi aku sendiri......... Allah bagi aku pengajaran dengan merasa sakit yang amat sangat, hinggakan menangis tidak terhingga. Tiba-tiba merasakan inilah ajal aku. Teringat pesan naqibahku, katanya bila kita ni bakal meninggal apa yang perlu kita lakukan?? Semua menjawab Ya Allah kau tangguhkanlah kematian kami.. Sambil tersenyum katanya doalah kepada Allah,katakan kepada Allah "Ya Allah andainya inilah masanya untuk aku pergi maka aku redha,andai ini bukan waktu untuk aku pergi,maka kau tangguhkanlah ya Allah!''
Sesungguhnya orang yang bijak itu adalah orang yang sentiasa mengingati mati! Jadi aku ni bijakkah?? Aku rasa dikalangan kita semua,akulah yang paling bodoh! Kenapa?? Peluang terbuka luas untuk berdakwah aku diam , orang buat maksiat apa yang aku buat? Benci dengan hati sahaja!! Ya Allah lemahnya aku...


Dalam solat,wajah kalian terbayang-bayang di  dalam otak ni, tidak tahu lah kenapa, tapi macam rindu pula. Siapalah aku untuk merindukan.... Hati ni seolah-olah kotor semacam dah, terlalu banyak dosa,terlalu banyak kebencian!! Andai katalah aku katakan "aku 'benci' kamu!!!"
Agaknya apa reaksi kamu?? Kamu boleh terima kah??? Tenang,,,,, sebenarnya memang benci tapi pada sikap,bukan orang. Mungkin aku ni seorang yang kasar tidak selembut kalian,mungkin itu penyebab aku bencikan kamu. Tapi itu salah sama sekali, bahkan dalam jemaah aku mempunyai ramai sahabiah yang lebih lembut,namun aku senang dengan mereka. Entah kenapa, tanpa mereka ,aku rasa kosong. "berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran dan kebenaran."  Al-asr:3. alhamdulillah berkat kesabaran mereka aku masih istiqamah dalam jemaah. . Mereka dihiasi dengan ilmu dan sifat ilmiah. subhanallah. Bukan sengaja untuk aku sakitkan hati kamu,tetapi itulah kebenaran. Selama ini aku dingin dengan kamu sebab aku tidak boleh terima cara pergaulan kamu. Bebas semacam,bukan sedikit tapi banyak. Bertepuk sana,bertepuk sini konon rapat! Arggh,sakitnya mata,Ya Allah selamatkan aku ya Allah. Pakcik kah, sepupukah, kawan kah, jiran kah, best friend kah, kena ada hadnya kawan. Allah ada berfirman dalam surah an-nur :" 33 'dan orang-orang yang tidak memperolehi belanja , hendaklah menjaga kehormatannya (jangan berzina), sehingga Allah mengayakan mereka dengan kurniaan-Nya. Hamba-hambamu yang menuntut mukhatabah (merdeka dengan bayaran wang), hendaklah kamu terima, jika kamu mengetahui bahawa ada kebajikan pada mereka. Berikanlah kepada mereka harta Allah,yang diberikan kepadamu. Janganlah kamu paksa hamba-hambamu berzina, jika mereka menghendaki kesucian , supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup  di dunia. Barangsiapa memaksa mereka , maka Allah sesudah paksaan itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Aku tahu, dan aku sedar aku tidak sesempurna mana, tidak seperti sahabiahku, asatizah kita. Tidak secerdik mana seperti teman yang bisa memahami bahasa dan mengambil kos arab, tidak sepandai teman yang pandai dalam kira-kira,tidak seperti teman yang pandai memasak, tidak seperi teman yang ceria, tidak seperti teman yang 'cool'. tetapi apa yang ku inginkan adalah kita rakan sepengajian ini sejihad ataupun sefikrah. Aku mahu kita semua 'pandang ke Mekah .' Ka'bah itu bukanlah sembahan kita, tetapi kita menyembah Allah! Kita beribadah menghadap ka'abah kerana itu adalah perintah Allah. Aku mahu kita semua sama-sama pegang hidayah . Untungnya kita kerana telah lahir sedia dalam keadaan mentauhidkan Allah. Tidak perlu bersusah untuk mencari hidayah Allah lagi. Allah sudah bagi nikmat kenapa perlu disiakan??? Ingat lagi tahun lepas, teman ni kata 'tak guna kapel-kapel ni,mengongkong ja.'  Akhirnya 'aku nak rasa sahaja bagaimana perasaan kapel ni, cemburu gak dengan diorang.'


Masa itu hati seolah-olah hancur berkecai. Aku akhirnya jadi kera sumbang sekali lagi. Aku menjadi seorang yang assobiah. Masa tu aku merasakan dunia ni seolah-olah satu penyeksaan. Aku jadi 'anti-couple' . Banyak kekecewaan yang aku nampak. Couple tu tidak suci! Cinta itu fitrah , tapi bukan macam ni, Couple lepas nikah lagi mantap.

  
Kelak bakal suami hanya mendapat baki sahaja,sanggupnya kalian??? Sedangkan syurga isteri itu letaknya pada suami. Yang dibimbangkan 'habis madu,sepah dibuang' . Umpama mendapat isi rumah yang rosak, habis bocor.Untung andai belum disentuh ,tetapi kalau dah terlanjur??? Siapakah yang akan menangggung segala akibatnya??? Akhirnya yang menanggung adalah kalian jua.

Sebelum memasuki tingkatan empat,seringkali teman ni bertanya, " adakah aku ni berubah?"
Mahu sahaja katakan 'ya,banyak yang berubah! Kamu menjadi gedik,manja, bebas,tak terkawal.' Tetapi mesti aku dimarah kan??? Lantas aku menjawab "tidaklah , biasa sahaja ". Kenapa masa itu aku menipu??? Sebab aku tidak mahu hilang seorang kawan, tapi betulkah tindakan itu? kononnya sebab sayang. Salah,semuanya salah. Andai benar yang aku sayangkan mereka pasti aku tidak membiarkan mereka terkapai-kapai. Aku kena nyatakan kebenaran .Tapi itulah sikap budak jahil yang takutkan manusia,sedangkan Allah itu lebih mulia..

Teman yang satu ni pula, katanya bagaimana hendak berdakwah,kalau aku cakap sepatah,mesti aku kena balik,mesti suma cakap 'eleh kau pun sama,bukannya alimpun' (lebih kuranglah). Tapi ingin aku tegaskan 'barangsiapa yang mentauhidkan Allah maka dia adalah seorang pendakwah.
'sesungguhnya kamu adalah sebaik-baik umat di kalangan manusia  supaya kamu berbuat kebaikan, menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah. Hah! kan dah ada jawapannya tu. Tak payah lagi beri alasan yang tugas dakwah ni hanya untuk golongan alim ulama, orang beriman dan asatizah sahaja. "kami bentangkan amanah (islam) kepada  langit dan bumi,gunung-ganang akan tetapi kesemuanya menolak. Lalu amanah itu dipikul oleh manusia, sesungguhnya manusia itu lagi jahil lagi zalim." Betullah kan?? Kita ni jahil , sombong, tidak mahu mengaku tanggungjawab yang dipikul.

Kawan ni pula, dengar wara-waranya . Tidak mahu hipokrit, tidak mahu bertudung.. Betulkah??
Wallahu'alam. Seorang lagi bila ditanya kenapa tidak solat? Jawabnya "aku takut aku tidak ikhlas, nanti bertambah pula dosa aku!" Uih,dari mana fakta yang diperoleh ni? Tapi nak kata apa? Masa itu aku masih jahil lagi,langsung main angguk sahaja. Ustazah kata 'kalau kita tahu benda tu berdosa, lepas tu kita buat juga, maka dosa kita akan jadi dua kali ganda'. Menakutkan.. 
Sahabiah ku ada mengatakan,"teman,aku bersyukur sekali kerana akhirnya aku sedar,mudah-mudahanlah teman yang lain sedar juga. Kamu dah lakukan yang terbaik dengan menegur mereka. Aku harap hidayah yang Allah dah bagi pada kita ni kekal. Insya Allah. Syahdu melihat mesejnya ,ingin sahaja air mata ini mengalir,aku sedar aku ni lemah sekali. Ya Allah , aku pohon kekuatan darimu! Mungkin cara dakwah ku tidak bertepatan, dakwah ku hanya pada bil lisan bukan pada bil hikmah. Tidak berhikmah cara ku menegur. 

Satu soalan buat teman ku, biasanya ikhlas itu datang selepas atau sebelum kita melakukan sesuatu? Jawab sendiri ya, kalau mahu melaksanakan solat, menutup aurat dengan sempurna hanya dengan 'tawakal' tapi tidak ada usaha bagaimana? Hidayah ini tidak datang bergolek. Amirah kesayanganku ada mengatakan "kak , Allah itu tidak melihat pada kesan, tetapi melihat pada usaha yang kita lakukan. Jangan sedih, sesungguhnya Allah itu sentiasa menguji orang yang beriman,ini satu bentuk ujian buat kita." "Syukurlah bila kita diuji, itu tandanya  Allah menyayangi kita, Allah masih mengingati kita sebagai hamba-Nya. Bukankah ujian dan keperitan itu untuk menghapuskan atau kafarat dosa kita? Kalau bukan pun Allah mahu tengok sejauh mana iman kita pada-Nya, kalau kita berjaya, Insya Allah iman kita akan meningkat. Teringat akan sesuatu sama ada satu pesanan ataupun bukan. Katanya apabila membantu ataupun membuat sebuah kebajikan, tuntutlah dari Allah akan ganjarannya. Contohnya , kita telah membantu ibu sehingga tidak ada masa untuk belajar. Esoknya pula adalah peperiksaan maka tuntutlah dari Allah. Berdoalah "ya Allah,hari kelmarin ,aku telah membantu ibuku, maka Kau permudahkanlah untuk ku menjawab."
Tetapi kalau setakat bantuan yang tidak seberapa, mahu dituntut pula tidakkah kita berasa malu? Temanku, kalian juga mengetahui akan perilaku ku dahulu bukan? Kasar bahkan menyerupai lelaki! Tudung tiga segi sahaja yang dikenakan, tidak terurus lah . Tetapi Alhamdulillah ,Allah utuskan sahabiah yang membawa aku ke jalan yang lurus. "hari ini (Arafah) Aku sempurnakan bagimu agamamu dan Aku mencukupkan nikmat-Ku untukmu dan Aku redha 
Islam menjadi agamamu" al-Maidah:3. Sedarlah temanku, Islam ini adalah agama yang diredhai
Allah. Sahabiahku membawa aku masuk ke dalam jemaah KRU Kelab Remaja Ukhuwwah, subhanallah gembira bukan kepalang saat itu, segannya.. Cuba kalian bayangkan berada di dalam program yang dikelilingi orang yang faham akan konsep dakwah dan erti Islam yang sebenar.
Bila dilihat, aku dikelilingi mereka yang berkopiah putih, berserban, bertudung labuh, dan berstokin kaki serta lengan. Saat itu aku merasa sakit hati dengan diri sendiri.. Masa tu apa yang bermain dalam otak adalah, kenapalah aku ni jahil betul??

Mulai hari itu , aku bertekad untuk berubah. Alhamdulillah sekarang masih istiqamah. Kerana itulah aku mengatakan bahawa hidayah itu tidak datang bergolek. tiada istilah durian runtuh dalam hidayah ni. Teman yang seorang lagi ni, katanya "teman, mana yang lebih baik? Lelaki yang memahami atau muslimin yang sentiasa mengingatkan akan agama,yang sering bangunkan solat,bagi tazkirah? " 'yang kedua tu lebih baik. Insya Allah boleh bimbing kamu' (hanya monolog dalaman). Tetapi aku kurang bersetuju dengan tindakan muslimin itu , kenapa? Patutnya dia menggunakan 'medium' lain. Biarlah muslimat yang melakukannya. Tetapi insya Allah muslimin itu seorang yang tegas dalam batas pergaulan. Sesetengah orang mengatakan "kami ni nampak dari luar memanglah jahat,tapi dalam hati kami ni baik!" Tetapi bagaimana untuk mempercayai apa yang kalian katakan? Mahu dibedahkah?

Bak kata cikgu,'apa yang kamu lakukan,akan membuatkan orang membuat first impression (tanggapan pertama). Tengok hati kan??  Sebagai contoh, dua insan yang turut sama solat tetapi perwatakan yang berbeza, seorang yang lemah lembut dan bertudung labuh,seorang lagi solat tetapi mendedahkan aurat. Percayakah orang yang dedah aurat itu solat lima waktu??? 
mungkin andai temannya adalah kalian. Ustazah  ada mengatakan ,'dari luaran menggambarkan dalaman,dari dalaman membentuk luaran.' Senang cerita kalau hati tu baik, maka perwatakan pun baik,kalau hati tu buruk ,maka perwatakan pun buruk. "Tiap manusia mempunyai daging , jika daging itu baik maka baiklah anggotanya,jika daging itu buruk maka buruklah anggotanya , ketahuilah bahawa daging itu adalah hati. (HR Bukhari Muslim) ." " Dan tidaklah sempurna  solat seorang itu apabila dia melakukan kemungkaran  . Sesungguhnya solat itu mencegah kemungkaran . (HR Bukhari Muslim).'' Semua ada jawapan, dari rasulullah s.a.w dan dari Al- Khaliq sendiri. Tidak perlu lagi berdolak-dalih lagi. Buka mata hati..

Kenapalah kita suka sangat ikut  budaya barat? Baju, seluar,tudung . Semuanya menjadikan kita semakin jauh pada Allah. Ramai yang mengatakan bertudung itu panas, rimas, kelemumur dan banyak lagi. Temanku,memakai tudung inilah yang menutup aib. Mana yang rela, orang tidak melihat auratmu? Ataupun aurat itu dilihat? Mulut manusia itu kita tidak boleh tutup, walaupun mereka itu rakan baik sendiripun. Sebenarnya lebih panas lagi apabila hijab itu dibuka.! Mengapa?  Bukankah matahari itu terus menusuk ke atas kepala. lagi satu, mereka yang mendedahkan aurat itu pasti akan dihumban ke neraka!!! astaghfirullah, ya Allah ,Nauzubillah. Tahukah kalian bahawa kaum wanita itu akan mengheret 4 golongan lelaki itu untuk dihumbankan ke neraka. Golongan itu adalah :
  1. Ayah, abi, papa, bapa  : Sayangkah pada golongan ini? hah! ketahuilah kita yang membuatkan mereka untuk dihumban ke neraka! Kerana mereka itulah yang tidak peduli akan kebajikan anaknya tentang pendidikan agama (solat, puasa, etc) . mereka hanya membiarkan sahaja,apa yang dikatakan ? 'biar sahaja, muda lagi tu, pandailah tu jaga diri.. yang penting aku dah bagi dia kesenanagan. Akhirnya ,saat mereka hendak melangkah ke syurga (insya Allah, amin) anaknya muslimah akan menyatakan 'dia tidak boleh memasuki syurga kerana dia membiarkan aku terkapai-kapai,dia tidak tegur kasalahan aku.'
  2. Suami, husband, honey, hubby (insya Allah) : mereka ini golongan yang sempurna akhlak dan aqidah (solat berdisplin,kerja tidak bertangguh). malangnya mereka tidak peduli akan kesalahan isterinya yang bergaul bebas,keluar rumah tanpa izin, berhias untuk dilihat orang lain. Akhirnya apa yang terjadi serupa dengan ayah.
  3. abang atau adik lelaki :apabila si ayah dan suami telah pergi, maka inilah golongan yang akan menjaga wanita muslimah. Tetapi apa yang mereka lakukan? sibuk dengan urusan dunia,kerja ,wang,keluarga. akhirnya muslimah ini lakukan apa? kelab malam!! (na'uzubillah). Tunggulah wahai kaum adam, tarikan 'magnet' menunggumu!
  4. anak lelaki kesayangan : anak kita tidak menasihati kita  yang melakukan bengda haram (na'zubillah) sedangkan dia tahu perkara itu salah. Jadi wahai anak-anak muslimin sedarkanlah kaum ibu.
Kita adalah pemimpin,'setiap kamu adalah pemimpin. dan kamu akan dipersoalkan tentang pimpinan kamu.' (diringkaskan). 'demi masa, manusia itu dalam kerugian ,melainkan orang yang beriman,yang beramal soleh,dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran. (al-asr:1-3). Tunggu apa lagi? kumpulkan amal ,kerana itulah wang untuk membayar hutang pada Allah. Naqibku ada mengatakan 'sekali kita memasang niatuntuk melakukan kebaikan,maka akan tercatat 10 kebaikan buat kita,namun andainya kita memasang niat untuk berbuat kejahatan,
maka akan lebih berganda dosa yang dicatat. ' 'ikhlas itu datang selepas kita berbuat sesuatu. tidak logik andainya ikhlas tiba-tiba hadir. antum hadir ke sekolah ikhlaskah? tidak bukan? tetapi selepas ke sekolah, pasti berasa senang dengan pelajaran. Itulah dia ikhlas.'

End of the story, kita kena jadi baik. 'ada 3 amal yang tidak akan putus daripada anak adam setelah meninggal. sedekah jariah,ilmu yang berguna dan doa anak soleh.' Kesimpulannya temanku
kita kena hijrah kan diri,kalau boleh masa inilah yang kita gunakan.. Bak kata akh rahmat,'jadikan yang lalu sebagai pengajaran,sekarang sebagai sempadan dan yang depan sebagai panduan.' hargai masa yang ada. ustaz nazmi berpesan 'masa itu lebih berharga daripada emas,kerana ia tidak boleh ditukar ganti.' kita dah matang,even boleh jadi ibu orang. makin hari,makin kurang nikmat hidup itu. akh rahmat ada berkata lagi 'rumah kata pergi.kubur kata mari.' 

couple ni,tangguhkanlah dahulu. Bagaimana untuk kita mencintai seorang hamba melebihi Al-Khaliq??? Kan lebih elok untuk menggunakan fitrah yang ada untuk mencintai Allah,nabi Muhammad,para sahabat, tabi' tabi'in,alim ulama,orang beriman,dan keluarga.. Tidak merimaskan kah bagi kalian? Kita adalah penganut agama yang syumul.. Menyeluruh kehidupan kita di atur.. Allah dah bagi schedule dah,tinggal kita lagi untuk melaksanakan kerja untuk 'wang-wang' tersebut. maaf kerana banyak melalut. tetapi itulah semua yang aku hendak katakan pada kalian. Aku risau akan hubunganku, habluminallah habluminannas. Tiada gunanya andai satu sahaja yang baik. Aku nak minta maaf pada kalian kerana jarang menjawab salam kalian 
pada zahirnya. Tetapi batinnya salam itu ku jawab , dengan keadaan yang batin sahaja.... Pokoknya aku hendak memulakan langkah pertama dalam pertemuan kita yang akan datang.. Aku hendakkan taman Islami itu bercambah dan bercambah. Ku takut andai langkahan ku berhenti dan tiada penerus perjuangan... "sesunggunhya umat akhir zaman adalah seperti buih di lautan. Terlalu banyak bilangannya namun Allah telah mencampakkan al-wahn ke dalam dada, yakni cintakan keduniaan dan bencikan kematiaan.''.. Bangkitlah wahai teman.... Ayuh mulakan langkah baharu..

Sekian sahaja coretan kali ini,
yang baik itu datang dari Allah,
yang buruk ktu datanf dari Allah tetapi diburukkan laioleh seorang penulis,
wallahu'alam.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...