Saturday

Hudud , Apa Kisah Disebaliknya ?

Assalammualaikum warahmatullah, alhamdulillah sekali lagi dapat menulis di ruangan ini.
Alhamdulillah , Allah membuka minda ini untuk membuka perbincangan mengenai hudud. Apa itu hudud?
Menurut Imam Nawawi di dalam bukunya iaitu hadith 40, beliau menjelaskan bahawa hudud ini adalah pembatasan hukum yang dilarang untuk melampaui daripadanya dengan melakukan sesuatu yang menyalahinya atau berbuat sesuatu yang dilarang.

Hudud juga bermaksud hukuman seksaan yang telah ditetapkan Allah s.w.t untuk mencegah maksiat daripada berleluasa. Menurut istilah fuqaha' (ulama fiqh) hukum ini disebut sebagai hukuman had . Sebagai contoh had hukuman bagi :

  1. zina : rejam 
  2. mencuri : potong tangan 
  3. minum arak : sebat
Hukuman yang diberikan , hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan pada asalnya dan tidak boleh dilampaui.

Mengapa hudud tidak dilaksanakan di negara kita? Sedangkan negara kita adalah negara Islam? Pertanyaan ini ditujukan buat semua pemikir , terutamanya yang benar-benar mendukung akan hukum Islam.
Apabila ditanya , seorang ini memberikan pendapatnya .

*********************************************************************************
hukum hudud apabila dilaksanakan akan membawa beberapa kesan buruk terutamanya untuk kerja dakwah. 
cuba bayangkan apabila hudud ini dilaksanakan di negara kita. kesannya adalah :

  1. kita akan di cop sebagai agama yang kejam.
  2. orang bukan Islam akan takut untuk memeluk agama Islam
  3. orang Islam akan murtad
  4. dakwah 'tidak masuk'
  5. Islam agama yang menindas
  6. Ibadah dalam keadaan yang tidak sempurna
  7. pekerja yang tidak sempurna
  8. pekerja yang menganggur
  9. peminta sedekah
  10. ekonomi mundur
Itu adalah pendapat bagi seorang yang memandang pada keadaan sekarang , katanya hukum hudud itu apabila dilaksanakan pada masa sekarang ianya tidak sesuai. bagi pendapat seorang yang menyokong hukum hudud pula adalah :
  1. apabila hukum dilaksanakan ini menunjukkan tentang kepatuhan muslim terhadap perintah Allah S.W.T . Allah berfirman dalam surah al-baqarah : 178 'wahai orang yang beriman , diwajibkan ke atas kamu qisas dalam pembunuhan , merdeka dengan merdeka , hamba dengan hamba , perempuan dengan perempuan . barangsiapa diberi kemaafan akan saudaranya ke atas sesuatu , maka hendaklah dia mengikut dia mengikut secara yang baik (makruf) dan membayar (diat) kepada saudaranya itu dengan baik . demikian itu satu keringanan dari Tuhanmu dan rahmat-Nya . barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu , maka untuknya seksaan yang pedih.
  2. menunjukkan ketegasan hukum Islam . 'untuk orang-orang yang yang memenuhi Tuhannya, (disediakan) kebaikan . dan orang-orang yang tidak memenuhi seruan Tuhannya , sekiranya apa yang ada di bumi semuanya kepunyaan   mereka dan ditambah dengan apa yang seumpamanya , nescaya mereka akan menebus diri dengan kekayaan itu .Untuk mereka hisab yang keras dan tempat mereka di dalam neraka jahanam dan itulah sejahat-jahat tempat kediaman . ar-rad : 18. Ayat tersebut menegaskan bahawa barang siapa yang memenuhi tuntutan dan juga seruan Allah yakni hukumannya maka akan disediakan kebaikan buat mereka , tidakkah itu cukup buat kita untuk melaksanakan hukum Allah?
  3. Allah telah menegaskan , 'Dan kami telah menetapkan mereka Taurat , bahawa sesungguhnya jiwa dibalas jiwa , mata dengan mata , hidung dengan hidung , telinga dengan telinga , gigi dengan gigi , dan luka juga ada qisasnya . Barangsiapa yang tidak menghukum mengikut apa yang diturunkan Allah , maka mereka itu orang yang zalim.' Sudah jelas Allah menerangkan bahawa andainya hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah bercanggahan dengan hukum Allah pelaksana hukuman akan dicop sebagai orang yang zalim. 
  4. Peringatan buat umat Islam. ''Hanya orang yang berakal akan menerima peringatan .'' az-zumar: 9. Seandainya setiap umat Islam dan orang yang berakal menggunakan akal yang telah dikurniakan pasti mereka tidak membantah akan hukuman yang dikenakan . Pasti mereka menjadikan peristinwa itu sebagai pengajaran buat mereka. Ayuh kita kembali ke zaman sahabat baginda Rasulullah s.a.w iaitu zaman khalifah Umar , Sayidina Umar menghukum orang yang meminum arak dengan 80 kali sebatan , sedangkan di zaman Rasulullah s.a.w ndan sayidina Abu Bakar hukuman yang dilaksanakan sebanyak 40 kali sahaja. Namun demikian , hukuman itu bersesuaian dengan zaman pemerintahannya dimana terlalu ramai peminum arak ,sekiranya hukuman tidak diberatkan keadaan itu pasti tidak akan terkawal. Begitu juga keadaan di negara kita , seandainya hukuman seperti ini dilaksanakan pasti keadaan jenayah akan terkawal. Buat mereka yang dijatuhkan hukuman pasti akan menyesal dan tidak sanggup untuk melakukan kesalahan sekali lagi kerana hukuman yang diberikan kepada mereka.
  5. Adil. Islam adalah agama yang syumul , agama yang merangkumi kehidupan penganutnya. Seandainya penganut yang lain mengatakan agama ini adalah agama yang menindas , ayuh kita renungkan kalam Allah ''Katakanlah ! Sesungguhnya tuhanku mengharamkan segala kejahatan yang zahirnya dan yang batinnya dan dosa dan aniaya dengan tiada yang benar , dan (Ia haramkan ) kamu menyekutukan Allah dengan  suatu yang keterangannya tidak Ia turunkan , dan (Ia haramkan) kamu berkata atas nama Allah  suatu yang kamu tidak tahu. '' Al-'Araf: 33 . Ianya adil untuk hukuman dijatuhkan ke atas pesalah, Allah juga menegaskan bahawa kita manusia ini tidak mengetahui akan apa yang Allah ketahui.  Namun itu bukanlah alasan untuk mengendahkan mereka yang berbeza kepercayaan kerana Allah telah berfirman ''Tiada paksaan dalam agama , sesungguhnya sudah nyata petunjuk daripada kesesatan . Barangsiapa yang tidak percaya kepada taghut (berhala) dan beriman kepada Allah , sesungguhnya dia telah berpegang dengan tali yang teguh dan tidak akan putus . Allah Maha Mendengar lagi Mengetahui. '' Al-Baqarah : 256.
Hukuman yang diberikan tidak semestinya membebankan negara jika dijalankan ,ekonomi langsung tidak terjejas andainya rakyat sendiri bijak untuk berusaha memperbaiki diri.

**********************************************************************************

Dari Abi Tha'labah al-Khushany Jurthumi bin Nashirin r.a , dari Rasulullah s.a.w katanya : Sesungguhnya Allah S.W.T telah memfardhukan beberapa fardhu , maka janganlah kamu mensia-siakannya . Dan Ia telah menetapkan beberapa hudud (batasnya) , maka janganlah kamu melampauinya . Dan Ia telah mengharamkan segala sesuatu maka janganlah kamu menncerobohinya . Dan ia telah diamkan segala sesuatu sebagai rahmat bagi kamu bukan diam kerana lupa, maka janganlah cuba menyelidikinya. (HR al-Daruqutni).
Sebagai renungan.

sekian sahaja coretan kali ini,
yang baik itu datang dari Allah,
yang buruk itu datang dari Allah namun diburukkan lagi oleh diri sendiri,
wallahu'alam.

Tuesday

Mahalkan dirimu Wahai Wanita..

Assalammualaikum wbt,sekali lagi diberi peluang untuk menulis diruangan blog ini.. 

." Seluruh umat manusia hampir mengelilingi kamu seperti mereka (yang kebuluran) mengelilingi hidangan makanan lalu seorang sahabat bertanya : Adakah kerana bilangan kami waktu itu sedikit wahai Rasulullah? Jawab baginda : Tidak bahkan bilangan kamu amat ramai tetapi kamu ibarat buih di lautan. Allah akan mencabut daripada hati atau musuh kehebatan kamu dan menyematkan dalam hati kamu al-wahn . Lantas sahabat bertanya lagi,ya rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al-wahn itu? Ujar baginda: iaitu cintakan dunia dan takutkan mati.." HR Abu Daud dan Ahmad.. Hadith ini menggambarkan kehidupan kita umat Islam akhir zaman pada masa kini.. Buktinya apabila melihat sekeliling ramai kelompok manusia yang kembali jahil. Ilmu tidak lagi di cintai,Allah tidak lagi dicintai,Rasulullah tidak lagi menjadi ikutan. Apa yang dilihat sekarang? Kehidupan barat!!! Mengagungkan ciptaan yang dibawa!!!

Wanita muslimah ,sedarlah.. kedudukanmu dimuliakan Allah!! Allah  mengangkat darjatmu melebihi kaum muslimin. Tidak cukup lagikah itu??? Allah meletakkan syurga pada kakimu !!! Tidak cukup lagikah itu untuk buatmu??? apa yang kau inginkan sehingga kau membiarkan dirimu dihinakan oleh al-khaliq??? mengapa perintahnya kau tinggalkan dan larangannya kau laksanakan??
ke mana perginya kewarasan akal fikiranmu??? Adakah harga dirimu terletak pada pandangan orang lain? Adakah kau harus bersikap dalam kepura-puraan hanya untuk memuaskan nafsu mereka yang tidak pernah puas?? Relanya kau dimamah mereka hanya kerana dunia yang tidak seberapa. Ia lebih hina berbanding bangkai bagi Allah , jadi mengapa harus kau pertikaikan lagi??

Tahukah kau duhai wanita?? Semakin mahal dirimu, semakin ramai yang menggilakan dirimu..
Jika kau menjual dirimu dengan murah, nescaya kau yang bakal merana. siapa yang akan menanggung keperitan itu???? Bukan kah dirimu juga??? Sedarlah wanita, kau adalah permata berharga yang amat dicintai. Jika dirimu dihias dengan kesucian,kau akan perolehi kebahagiaan yang nyata, Bagaimana untuk menjadi suri di hati seorang muslimin yang beriman?

  1. jadikanlah gadzul basar (menundukkan pandangan) sebagai 'hiasan mata', nescaya kau akan menjadi lebih bening dan jernih.
  2. oleskan 'gincu kejujuran' pada bibirmu, berani kerana benar sebagai prinsip. Nescaya akan semakin manis.
  3. gunakanlah 'pemerah pipi' daripada alat solek yang terbuat dari sifat malu dan salun iman.
  4. pakailah 'sabun istighfar ' yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang dilakukan.
  5. rawatlah rambut dgn 'hijab islami' yang akan menghilangkan 'kelemumur pandangan lelaki' yang membahayakan.
  6. hiasi kedua tangan dengan 'gelang tawadhuk' dan disarungkan 'cincin ukhuwwah' pada jari
  7. sebaik-baik kalung adalah 'kalung kesucian'
  8. bedaklah wajah dengan air wudhuk nescaya akan bercahaya di akhirat kelak.'

Wanita muslimah andai sahaja kau mempertimbangkan akan apa yang dipaparkan nescaya kau akan berfikir dua tiga kali untuk melakukan maksiat..

Yang baik itu datang dari Allah,
yang buruk itu juga datang dari Allah tetapi diburukkan lagi oleh penulis,
wallahu'alam.

p/s: ayat di atas adalah dari seorang sahabiah yang ada sedikit pertambahan... 

Surat Layang Buat Temanku.

Bismillahhirrahmannirrahim,
Assalammualaikum warahmatulllah,
         Khas buat teman,
Di dalam warkah ini aku nak minta maaf pada semua.  Maaf sebab tak larat nak tulis ikut format dan juga ditujukan khas untuk sorang-sorang. Guna bahasa hentam sahaja. Hari ini , aku mendapat satu ibrah dari Allah,mungkin ini balasannya untuk aku selama ini. Orang yang mengajak tapi tak bersungguh-sungguh. Allah!!! terkesan dengan sifat ku sendiri. Allah berfirman dalam surah As-Saff : 3 " sungguh besar kemurkaan Allah terhadap kamu,kerana kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak perbuatkan ."  Aku berapi-api mengatakan ini,itu,tapi aku sendiri......... Allah bagi aku pengajaran dengan merasa sakit yang amat sangat, hinggakan menangis tidak terhingga. Tiba-tiba merasakan inilah ajal aku. Teringat pesan naqibahku, katanya bila kita ni bakal meninggal apa yang perlu kita lakukan?? Semua menjawab Ya Allah kau tangguhkanlah kematian kami.. Sambil tersenyum katanya doalah kepada Allah,katakan kepada Allah "Ya Allah andainya inilah masanya untuk aku pergi maka aku redha,andai ini bukan waktu untuk aku pergi,maka kau tangguhkanlah ya Allah!''
Sesungguhnya orang yang bijak itu adalah orang yang sentiasa mengingati mati! Jadi aku ni bijakkah?? Aku rasa dikalangan kita semua,akulah yang paling bodoh! Kenapa?? Peluang terbuka luas untuk berdakwah aku diam , orang buat maksiat apa yang aku buat? Benci dengan hati sahaja!! Ya Allah lemahnya aku...


Dalam solat,wajah kalian terbayang-bayang di  dalam otak ni, tidak tahu lah kenapa, tapi macam rindu pula. Siapalah aku untuk merindukan.... Hati ni seolah-olah kotor semacam dah, terlalu banyak dosa,terlalu banyak kebencian!! Andai katalah aku katakan "aku 'benci' kamu!!!"
Agaknya apa reaksi kamu?? Kamu boleh terima kah??? Tenang,,,,, sebenarnya memang benci tapi pada sikap,bukan orang. Mungkin aku ni seorang yang kasar tidak selembut kalian,mungkin itu penyebab aku bencikan kamu. Tapi itu salah sama sekali, bahkan dalam jemaah aku mempunyai ramai sahabiah yang lebih lembut,namun aku senang dengan mereka. Entah kenapa, tanpa mereka ,aku rasa kosong. "berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran dan kebenaran."  Al-asr:3. alhamdulillah berkat kesabaran mereka aku masih istiqamah dalam jemaah. . Mereka dihiasi dengan ilmu dan sifat ilmiah. subhanallah. Bukan sengaja untuk aku sakitkan hati kamu,tetapi itulah kebenaran. Selama ini aku dingin dengan kamu sebab aku tidak boleh terima cara pergaulan kamu. Bebas semacam,bukan sedikit tapi banyak. Bertepuk sana,bertepuk sini konon rapat! Arggh,sakitnya mata,Ya Allah selamatkan aku ya Allah. Pakcik kah, sepupukah, kawan kah, jiran kah, best friend kah, kena ada hadnya kawan. Allah ada berfirman dalam surah an-nur :" 33 'dan orang-orang yang tidak memperolehi belanja , hendaklah menjaga kehormatannya (jangan berzina), sehingga Allah mengayakan mereka dengan kurniaan-Nya. Hamba-hambamu yang menuntut mukhatabah (merdeka dengan bayaran wang), hendaklah kamu terima, jika kamu mengetahui bahawa ada kebajikan pada mereka. Berikanlah kepada mereka harta Allah,yang diberikan kepadamu. Janganlah kamu paksa hamba-hambamu berzina, jika mereka menghendaki kesucian , supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup  di dunia. Barangsiapa memaksa mereka , maka Allah sesudah paksaan itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Aku tahu, dan aku sedar aku tidak sesempurna mana, tidak seperti sahabiahku, asatizah kita. Tidak secerdik mana seperti teman yang bisa memahami bahasa dan mengambil kos arab, tidak sepandai teman yang pandai dalam kira-kira,tidak seperti teman yang pandai memasak, tidak seperi teman yang ceria, tidak seperti teman yang 'cool'. tetapi apa yang ku inginkan adalah kita rakan sepengajian ini sejihad ataupun sefikrah. Aku mahu kita semua 'pandang ke Mekah .' Ka'bah itu bukanlah sembahan kita, tetapi kita menyembah Allah! Kita beribadah menghadap ka'abah kerana itu adalah perintah Allah. Aku mahu kita semua sama-sama pegang hidayah . Untungnya kita kerana telah lahir sedia dalam keadaan mentauhidkan Allah. Tidak perlu bersusah untuk mencari hidayah Allah lagi. Allah sudah bagi nikmat kenapa perlu disiakan??? Ingat lagi tahun lepas, teman ni kata 'tak guna kapel-kapel ni,mengongkong ja.'  Akhirnya 'aku nak rasa sahaja bagaimana perasaan kapel ni, cemburu gak dengan diorang.'


Masa itu hati seolah-olah hancur berkecai. Aku akhirnya jadi kera sumbang sekali lagi. Aku menjadi seorang yang assobiah. Masa tu aku merasakan dunia ni seolah-olah satu penyeksaan. Aku jadi 'anti-couple' . Banyak kekecewaan yang aku nampak. Couple tu tidak suci! Cinta itu fitrah , tapi bukan macam ni, Couple lepas nikah lagi mantap.

  
Kelak bakal suami hanya mendapat baki sahaja,sanggupnya kalian??? Sedangkan syurga isteri itu letaknya pada suami. Yang dibimbangkan 'habis madu,sepah dibuang' . Umpama mendapat isi rumah yang rosak, habis bocor.Untung andai belum disentuh ,tetapi kalau dah terlanjur??? Siapakah yang akan menangggung segala akibatnya??? Akhirnya yang menanggung adalah kalian jua.

Sebelum memasuki tingkatan empat,seringkali teman ni bertanya, " adakah aku ni berubah?"
Mahu sahaja katakan 'ya,banyak yang berubah! Kamu menjadi gedik,manja, bebas,tak terkawal.' Tetapi mesti aku dimarah kan??? Lantas aku menjawab "tidaklah , biasa sahaja ". Kenapa masa itu aku menipu??? Sebab aku tidak mahu hilang seorang kawan, tapi betulkah tindakan itu? kononnya sebab sayang. Salah,semuanya salah. Andai benar yang aku sayangkan mereka pasti aku tidak membiarkan mereka terkapai-kapai. Aku kena nyatakan kebenaran .Tapi itulah sikap budak jahil yang takutkan manusia,sedangkan Allah itu lebih mulia..

Teman yang satu ni pula, katanya bagaimana hendak berdakwah,kalau aku cakap sepatah,mesti aku kena balik,mesti suma cakap 'eleh kau pun sama,bukannya alimpun' (lebih kuranglah). Tapi ingin aku tegaskan 'barangsiapa yang mentauhidkan Allah maka dia adalah seorang pendakwah.
'sesungguhnya kamu adalah sebaik-baik umat di kalangan manusia  supaya kamu berbuat kebaikan, menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah. Hah! kan dah ada jawapannya tu. Tak payah lagi beri alasan yang tugas dakwah ni hanya untuk golongan alim ulama, orang beriman dan asatizah sahaja. "kami bentangkan amanah (islam) kepada  langit dan bumi,gunung-ganang akan tetapi kesemuanya menolak. Lalu amanah itu dipikul oleh manusia, sesungguhnya manusia itu lagi jahil lagi zalim." Betullah kan?? Kita ni jahil , sombong, tidak mahu mengaku tanggungjawab yang dipikul.

Kawan ni pula, dengar wara-waranya . Tidak mahu hipokrit, tidak mahu bertudung.. Betulkah??
Wallahu'alam. Seorang lagi bila ditanya kenapa tidak solat? Jawabnya "aku takut aku tidak ikhlas, nanti bertambah pula dosa aku!" Uih,dari mana fakta yang diperoleh ni? Tapi nak kata apa? Masa itu aku masih jahil lagi,langsung main angguk sahaja. Ustazah kata 'kalau kita tahu benda tu berdosa, lepas tu kita buat juga, maka dosa kita akan jadi dua kali ganda'. Menakutkan.. 
Sahabiah ku ada mengatakan,"teman,aku bersyukur sekali kerana akhirnya aku sedar,mudah-mudahanlah teman yang lain sedar juga. Kamu dah lakukan yang terbaik dengan menegur mereka. Aku harap hidayah yang Allah dah bagi pada kita ni kekal. Insya Allah. Syahdu melihat mesejnya ,ingin sahaja air mata ini mengalir,aku sedar aku ni lemah sekali. Ya Allah , aku pohon kekuatan darimu! Mungkin cara dakwah ku tidak bertepatan, dakwah ku hanya pada bil lisan bukan pada bil hikmah. Tidak berhikmah cara ku menegur. 

Satu soalan buat teman ku, biasanya ikhlas itu datang selepas atau sebelum kita melakukan sesuatu? Jawab sendiri ya, kalau mahu melaksanakan solat, menutup aurat dengan sempurna hanya dengan 'tawakal' tapi tidak ada usaha bagaimana? Hidayah ini tidak datang bergolek. Amirah kesayanganku ada mengatakan "kak , Allah itu tidak melihat pada kesan, tetapi melihat pada usaha yang kita lakukan. Jangan sedih, sesungguhnya Allah itu sentiasa menguji orang yang beriman,ini satu bentuk ujian buat kita." "Syukurlah bila kita diuji, itu tandanya  Allah menyayangi kita, Allah masih mengingati kita sebagai hamba-Nya. Bukankah ujian dan keperitan itu untuk menghapuskan atau kafarat dosa kita? Kalau bukan pun Allah mahu tengok sejauh mana iman kita pada-Nya, kalau kita berjaya, Insya Allah iman kita akan meningkat. Teringat akan sesuatu sama ada satu pesanan ataupun bukan. Katanya apabila membantu ataupun membuat sebuah kebajikan, tuntutlah dari Allah akan ganjarannya. Contohnya , kita telah membantu ibu sehingga tidak ada masa untuk belajar. Esoknya pula adalah peperiksaan maka tuntutlah dari Allah. Berdoalah "ya Allah,hari kelmarin ,aku telah membantu ibuku, maka Kau permudahkanlah untuk ku menjawab."
Tetapi kalau setakat bantuan yang tidak seberapa, mahu dituntut pula tidakkah kita berasa malu? Temanku, kalian juga mengetahui akan perilaku ku dahulu bukan? Kasar bahkan menyerupai lelaki! Tudung tiga segi sahaja yang dikenakan, tidak terurus lah . Tetapi Alhamdulillah ,Allah utuskan sahabiah yang membawa aku ke jalan yang lurus. "hari ini (Arafah) Aku sempurnakan bagimu agamamu dan Aku mencukupkan nikmat-Ku untukmu dan Aku redha 
Islam menjadi agamamu" al-Maidah:3. Sedarlah temanku, Islam ini adalah agama yang diredhai
Allah. Sahabiahku membawa aku masuk ke dalam jemaah KRU Kelab Remaja Ukhuwwah, subhanallah gembira bukan kepalang saat itu, segannya.. Cuba kalian bayangkan berada di dalam program yang dikelilingi orang yang faham akan konsep dakwah dan erti Islam yang sebenar.
Bila dilihat, aku dikelilingi mereka yang berkopiah putih, berserban, bertudung labuh, dan berstokin kaki serta lengan. Saat itu aku merasa sakit hati dengan diri sendiri.. Masa tu apa yang bermain dalam otak adalah, kenapalah aku ni jahil betul??

Mulai hari itu , aku bertekad untuk berubah. Alhamdulillah sekarang masih istiqamah. Kerana itulah aku mengatakan bahawa hidayah itu tidak datang bergolek. tiada istilah durian runtuh dalam hidayah ni. Teman yang seorang lagi ni, katanya "teman, mana yang lebih baik? Lelaki yang memahami atau muslimin yang sentiasa mengingatkan akan agama,yang sering bangunkan solat,bagi tazkirah? " 'yang kedua tu lebih baik. Insya Allah boleh bimbing kamu' (hanya monolog dalaman). Tetapi aku kurang bersetuju dengan tindakan muslimin itu , kenapa? Patutnya dia menggunakan 'medium' lain. Biarlah muslimat yang melakukannya. Tetapi insya Allah muslimin itu seorang yang tegas dalam batas pergaulan. Sesetengah orang mengatakan "kami ni nampak dari luar memanglah jahat,tapi dalam hati kami ni baik!" Tetapi bagaimana untuk mempercayai apa yang kalian katakan? Mahu dibedahkah?

Bak kata cikgu,'apa yang kamu lakukan,akan membuatkan orang membuat first impression (tanggapan pertama). Tengok hati kan??  Sebagai contoh, dua insan yang turut sama solat tetapi perwatakan yang berbeza, seorang yang lemah lembut dan bertudung labuh,seorang lagi solat tetapi mendedahkan aurat. Percayakah orang yang dedah aurat itu solat lima waktu??? 
mungkin andai temannya adalah kalian. Ustazah  ada mengatakan ,'dari luaran menggambarkan dalaman,dari dalaman membentuk luaran.' Senang cerita kalau hati tu baik, maka perwatakan pun baik,kalau hati tu buruk ,maka perwatakan pun buruk. "Tiap manusia mempunyai daging , jika daging itu baik maka baiklah anggotanya,jika daging itu buruk maka buruklah anggotanya , ketahuilah bahawa daging itu adalah hati. (HR Bukhari Muslim) ." " Dan tidaklah sempurna  solat seorang itu apabila dia melakukan kemungkaran  . Sesungguhnya solat itu mencegah kemungkaran . (HR Bukhari Muslim).'' Semua ada jawapan, dari rasulullah s.a.w dan dari Al- Khaliq sendiri. Tidak perlu lagi berdolak-dalih lagi. Buka mata hati..

Kenapalah kita suka sangat ikut  budaya barat? Baju, seluar,tudung . Semuanya menjadikan kita semakin jauh pada Allah. Ramai yang mengatakan bertudung itu panas, rimas, kelemumur dan banyak lagi. Temanku,memakai tudung inilah yang menutup aib. Mana yang rela, orang tidak melihat auratmu? Ataupun aurat itu dilihat? Mulut manusia itu kita tidak boleh tutup, walaupun mereka itu rakan baik sendiripun. Sebenarnya lebih panas lagi apabila hijab itu dibuka.! Mengapa?  Bukankah matahari itu terus menusuk ke atas kepala. lagi satu, mereka yang mendedahkan aurat itu pasti akan dihumban ke neraka!!! astaghfirullah, ya Allah ,Nauzubillah. Tahukah kalian bahawa kaum wanita itu akan mengheret 4 golongan lelaki itu untuk dihumbankan ke neraka. Golongan itu adalah :
  1. Ayah, abi, papa, bapa  : Sayangkah pada golongan ini? hah! ketahuilah kita yang membuatkan mereka untuk dihumban ke neraka! Kerana mereka itulah yang tidak peduli akan kebajikan anaknya tentang pendidikan agama (solat, puasa, etc) . mereka hanya membiarkan sahaja,apa yang dikatakan ? 'biar sahaja, muda lagi tu, pandailah tu jaga diri.. yang penting aku dah bagi dia kesenanagan. Akhirnya ,saat mereka hendak melangkah ke syurga (insya Allah, amin) anaknya muslimah akan menyatakan 'dia tidak boleh memasuki syurga kerana dia membiarkan aku terkapai-kapai,dia tidak tegur kasalahan aku.'
  2. Suami, husband, honey, hubby (insya Allah) : mereka ini golongan yang sempurna akhlak dan aqidah (solat berdisplin,kerja tidak bertangguh). malangnya mereka tidak peduli akan kesalahan isterinya yang bergaul bebas,keluar rumah tanpa izin, berhias untuk dilihat orang lain. Akhirnya apa yang terjadi serupa dengan ayah.
  3. abang atau adik lelaki :apabila si ayah dan suami telah pergi, maka inilah golongan yang akan menjaga wanita muslimah. Tetapi apa yang mereka lakukan? sibuk dengan urusan dunia,kerja ,wang,keluarga. akhirnya muslimah ini lakukan apa? kelab malam!! (na'uzubillah). Tunggulah wahai kaum adam, tarikan 'magnet' menunggumu!
  4. anak lelaki kesayangan : anak kita tidak menasihati kita  yang melakukan bengda haram (na'zubillah) sedangkan dia tahu perkara itu salah. Jadi wahai anak-anak muslimin sedarkanlah kaum ibu.
Kita adalah pemimpin,'setiap kamu adalah pemimpin. dan kamu akan dipersoalkan tentang pimpinan kamu.' (diringkaskan). 'demi masa, manusia itu dalam kerugian ,melainkan orang yang beriman,yang beramal soleh,dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran. (al-asr:1-3). Tunggu apa lagi? kumpulkan amal ,kerana itulah wang untuk membayar hutang pada Allah. Naqibku ada mengatakan 'sekali kita memasang niatuntuk melakukan kebaikan,maka akan tercatat 10 kebaikan buat kita,namun andainya kita memasang niat untuk berbuat kejahatan,
maka akan lebih berganda dosa yang dicatat. ' 'ikhlas itu datang selepas kita berbuat sesuatu. tidak logik andainya ikhlas tiba-tiba hadir. antum hadir ke sekolah ikhlaskah? tidak bukan? tetapi selepas ke sekolah, pasti berasa senang dengan pelajaran. Itulah dia ikhlas.'

End of the story, kita kena jadi baik. 'ada 3 amal yang tidak akan putus daripada anak adam setelah meninggal. sedekah jariah,ilmu yang berguna dan doa anak soleh.' Kesimpulannya temanku
kita kena hijrah kan diri,kalau boleh masa inilah yang kita gunakan.. Bak kata akh rahmat,'jadikan yang lalu sebagai pengajaran,sekarang sebagai sempadan dan yang depan sebagai panduan.' hargai masa yang ada. ustaz nazmi berpesan 'masa itu lebih berharga daripada emas,kerana ia tidak boleh ditukar ganti.' kita dah matang,even boleh jadi ibu orang. makin hari,makin kurang nikmat hidup itu. akh rahmat ada berkata lagi 'rumah kata pergi.kubur kata mari.' 

couple ni,tangguhkanlah dahulu. Bagaimana untuk kita mencintai seorang hamba melebihi Al-Khaliq??? Kan lebih elok untuk menggunakan fitrah yang ada untuk mencintai Allah,nabi Muhammad,para sahabat, tabi' tabi'in,alim ulama,orang beriman,dan keluarga.. Tidak merimaskan kah bagi kalian? Kita adalah penganut agama yang syumul.. Menyeluruh kehidupan kita di atur.. Allah dah bagi schedule dah,tinggal kita lagi untuk melaksanakan kerja untuk 'wang-wang' tersebut. maaf kerana banyak melalut. tetapi itulah semua yang aku hendak katakan pada kalian. Aku risau akan hubunganku, habluminallah habluminannas. Tiada gunanya andai satu sahaja yang baik. Aku nak minta maaf pada kalian kerana jarang menjawab salam kalian 
pada zahirnya. Tetapi batinnya salam itu ku jawab , dengan keadaan yang batin sahaja.... Pokoknya aku hendak memulakan langkah pertama dalam pertemuan kita yang akan datang.. Aku hendakkan taman Islami itu bercambah dan bercambah. Ku takut andai langkahan ku berhenti dan tiada penerus perjuangan... "sesunggunhya umat akhir zaman adalah seperti buih di lautan. Terlalu banyak bilangannya namun Allah telah mencampakkan al-wahn ke dalam dada, yakni cintakan keduniaan dan bencikan kematiaan.''.. Bangkitlah wahai teman.... Ayuh mulakan langkah baharu..

Sekian sahaja coretan kali ini,
yang baik itu datang dari Allah,
yang buruk ktu datanf dari Allah tetapi diburukkan laioleh seorang penulis,
wallahu'alam.



Sunday

Medan Dakwah sama dengan Sawah???

Assalammualaikum warahmatullah,alhamdulillah sekali lagi berpeluang untuk menulis di ruangan ini.Alhamdulillah berkat dorongan ibu,diri ini dapat memijak semula sawah padi yang dah lama tidak di jengah.Sepanjang perjalanan pergi dan pulang semula ke rumah ,terdapat pelbagai ibrah yang diperoleh.Kesemua ini hanyalah metafora yang boleh dikaitkan dengan perjalanan hidup seorang ataupun sekelompok jemaah. Antara persamaan itu adalah:

Niat.

Ketika waktu selepas subuh ,ibu ada bertanya untuk membantunya.. Saat itu hati ini terbahagi dua, pergi ataupun tidak?? Memikirkan keadaan ibu yang juga dalam dilema kerana telah berjanji untuk membantu temannya, maka akhirnya pelawaan itu diterima sahaja. Begitu juga dengan para du'at yang sering kali berasa pening untuk membuat keputusan. Berdakwah ataupun tidak?? Akhirnya sendiri merana.

 Imam Nawawi ada menyebut di dalam'hadith 40' tentang kepentingan niat itu.
"Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya setiap
perbuatan tergantung niatnya.  Dan  sesungguhnya  setiap  orang  (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan."(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kitab Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang) .

 Daripada hadith tersebut dapat kita simpulkan bahawa niat itu penting terutamanya bagi mereka yang berada dalam medan dakwah.
Asing.
Ketika berjalan ke sawah kami dilihat asing oleh orang lain,mungkin kerana jarang keluar melainkan mempunyai hal.
 Ini juga mempunyai persamaan dengan du'at. Mereka yang berpegang teguh dan mempertahankan Islam itu turut di pandang aneh bahkan asing. rasulullah ada menyebut bahawa Islam itu permulaannya adalah asing, dan nanti akan kembali menjadi asing, seperti permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.”Muslim. 
Perjalanan yang  Jauh.
Jauhnya perjalanan hendak ke lokasi,tetapi luas pemandangan. Umpama sambil menyelam 

,minum air. Lebih kurang. 

Persamaannya pula,tiap insan ynag bergelar dai'e ,perjalanan masih jauh,masih banyak yang 

perlu di cari dan banyak lagi yang perlu diteroka. Perlu diingat seluruh umat islam adalah 

seorang pendakwah. Tidak ada perhentian buat seorang pendakwah.

Mengambil Masa Yang Lama.
Selain jauh,masa yang di ambil agak lama untuk sampai ke sana, tetapi tidak terasa kerana 
ada perkongsian juga.


Samething to dakwah,mengambil hati mad'u pun mengambil masa jyang lama,namun apa 
gunanya iman itu kalau tidak diguna. Allah telah berpesan agar "berpesan-pesanlah kamu 
dalam kesabaran dan kebenaran." Al-asr:3.

Persediaan.

Ketika tiba di sawah,perkara pertama yang dilakukan adalah mencari bahan yang boleh
digunakan untuk menghalau burung-burung yang datang. Akhirnya ,main capai sahaja apa
yang ada. alhamdulillah dipermudahkan.

Teringat akan pesan akh fauzi, pesannya ketika liqo' nuqaba' yang lalu, menjadi murobbi atau
murobbiah perlukan persediaan. Persediaan apa?Ilmu di dada perlu banyak,agar apabila 
ditanya kelak oleh mad'u, lidah itu tidak berputar-belit, kepala juga sentiasa mempunyai ilham.
Jangan meremehkan ilmu. Ilmu ibarat air terjun,kedudukannya sentiasa renhdah. ilmu
perlulah di amalkan dengan merendah diri. Sesungguhnya Allah membenci orang yang
bermegah diri. Setinggi-tinggi air terjun,pasti mengalir ke tanah landai juga yang akhirnya 
bermanfaat untuk semua.

Semangat yang berkobar.

Semangat yang ada saat itu,subhanallah kuat sekali.. alhamdulillah..

Para du'at juga harus bersifat seperti ini,tetapi ingat bahawa semangat sahaja tidak cukup.
akh Zulhelmi ada mengatakan,semangat sahaja tidak cukup. Kerana,semangat apabila turun 
pasti membawa masalah,yang penting adalah keyakinan. seperti rukun iman juga,,
setakat beriman tidak memadai. Rasanya perlu diubah menjadi beriman dan yakin. apabila 
seorang hamba mulai beriman , ditambah dengan keyakinan pasti gejala sosial dapat 
di atasi. Insya allah.

Kerahkan Tenaga.

Sekali melangkah ,terkejut bukan kepalang,banyaknya pipit. Kaki terus melangkah memburu 
pipit sebanyak mungkin. Puas diperah tenaga yang ada.

Apabila melaksanakan sesuatu ,hendaklah kita berusaha berusaha sebaik mungkin,tanamkan 
dalam minda ini masanya untuk berjuang!' Jangan bersenang-
lenang dengan nikmat yang ada.

Musuh Di hadapan.
Wah! banyaknya burung. burung adalah musuh besar petani! Nyah Kau dari sini! Andai sahaja
ayat itu dilontarkan,tetapi burung boleh faham bahasa manusia tak?

Umat islam kini kian ditindas,tetapi ramai yang hanya membiarkan! Kitab kita, agama kita 

dipijak. Jangan membiarkan KIta diperkotak-katikkan oleh anasir jahat. Bangkitlah

untuk membela nasib Islam!!




Pelbagai jenis,




Burung yang ditemui banyak jenis, dari pipitnya hinggalah ke helang.Pening ke hulu hilir.





Musuh orang Islam juga sama, yahudi nasrani. Dalam surah al-maidah:51 ada menyatakan 



"wahai orang beriman,janganlah kamu mengangkat yahudi dan nasrani itu menjadi wali



bagi yang lain. Dan barangsiapa yang mengangkat mereka dikalangan kamu, maka 



sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak menunjukkan orang 



yang zalim."





Luasnya kawasan.




Berada di kawasan sawah memang luas,tetapi tak sebesar sebuah perjalanan itu. Apakah itu?





Perjalanan dakwah,masih luas buat para du'at. Seperti seorang akh katakan kita ini umpama 



orang yang masih berada di gigi air laut ataupun baru ditebing,tetapi orang lain sudah jauh,



bahkan sudah berenang mahupun menyelam dalam lautan medan dakwah yang luas.







Perasaan letih dan rehat.



Keletihan yang dirasa tika itu memang penat,rehat amat diinginkan saat itu. Perlu..





Tetapi dalam dakwah,tiada istilah rehat. Seruan Allah itu tiada penangguhan.


Ustaz Fathi Yakan ada menyebut di dalam buku 'apa erti saya menganut islam' yang



menjadi garis panduan untuk menentang nafsu kerehatan iaitu sentiasa mengingati mati.



Mengingati mati adalah salah satuwasilah untuk menjadi seorang yang sentiasa



tawadhuk.





Bantuan yang tiba.



Leganya saat ayah tiba,praises to Allah. Gembira tak terkata saat itu.





sama seperti dalam medan dakwah, apabila kita berusaha untuk membantu agama Allah , 



Allah pasti akan menghulurkan bantuan. Insya Allah. A-baqarah :108 'adakah kamu 



kehendaki supaya kamu meminta kepada rasul kamu, seperti orang dahulu meminta



kepada musa? Barangsiapa yang menukar keimanan dengan kufur , maka sesungguhnya



telah sesat  dari jalan yang lurus.'





Semak.




Semak sungguh laluan yang ada. Harus dibersihkan. Itu tekad yang ada.





Halangan-halangan yang ada dalam dakwah ini sentiasa ada, selagi tidak ditempuh dan 



dibersihkan maka sukarlah untuk dakwah itu berkembang. Seperti itu jugalah semaknya 



musuh yang hadir di tengah jalan dakwah.






Api.




Selesai sahaja menebas semak yang ada, api dimarakkan untuk membakar semak yang ada. 


Ya Allah !!! Hangatnya bahang yang dirasa.




Ingatlah ssmua ,bahan bakar neraka adalah manusia. Api itu amatlah panas,sehingga kan 



barang siapa yang mendekatinya terasa sakit sekali,cuba kalian bayangkan andai dimasukkan


ke dalam api yang berwarna hitam???





Cahaya bersinar indah ,musuh pun hilang !!!





Matahari bersinar terang,burung akhirnya lari!!





Sinar Islam pasti akan kembali bersinar terang saat imam Mahdi zuriat nabi Muhammad yang 



namanya persis nabi tercinta.. Dajjal al-masih pasti akan hancur saat tertegaknya agama 



Allah. 





sekian sahaja coretan kali ini,


Yang baik itu datang dari  Allah,


Yang buruk itu datang dari Allah juga tetapi diburukkan lagi oleh diri sendiri,


Wallahu'alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...