Saturday

Jangan menzalimi diri!!!

                        Assalammualaikum wbt,Alhamdulillah sekali lagi diri ini mendapat ilham untuk menulis di laman ini.
                       Terkadang terfikir bagaimana ramai jiwa yang yang sentiasa kosong , gundah gulana bahkan meronta..Biasanya ramai yang hanya tahu mengeluh,dan menyalahkan takdir. Allah telah berfirman hati yang tenang adalah hati yang sentiasa mengingati Allah..  pada hari khamis yang lalu (2-3/12/2010) warga KRU (kelab remaja ukhuwwah kota belud,sabah) telah berjaya melaksanakan aktiviti Qiammullail buat adik-adik Kawasan Kota belud sendiri.. Pengajaran yang kami yakni penggerak program perolehi adalah jangan menzalimi diri. Tiap kali program pasti semua sibuk sehingga mengabaikan kebjikan diri sendiri,sedangkan perbuaatan itu adalah salah sama sekali. Perlu diambil kira akan kebajikan diri,kerana apbila program tenaga kerja yang menggerakkan program,bisa sahaja program akan terjejas.

                                  Ketika berprogram juga,perlulah kita mencari peluang untuk mendengar akan pengisian yang diberikan oleh asatizah yang datang memberi perkongsian. Jangan disimpan dalam fikiran bahawa kita telah di naikkan pangkat daripada peserta. Fikiran sebegitu boleh mengundang kefuturan diri dan sekligus kemurkaan Allah... Allah telah berfirman di dalam surah 3 : 114 yang bermaksud"Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang yang sombong lagi bermegah diri." Seorang kakak ada berpesan kepada kami bahawa 'jangan sekali-kali menzalimi diri.' Ketahuilah wahai pembaca yang budiman bahawa para nabi, para rasul,para sahabat,para tabi' tabi'in dan para  ilmuan (alim ulama') tidak pernah berlaku sombong dengan apa yang mereka ada. Bahkan Baginda sendiri tidak pernah berlaku sombong akan apa yang di miliki nya.. Baginda bahkan lebih rela untuk digelar hamba yang hina! inikan pula kita sebagai hamba yang lebih hina!!! Kita sentiasa menzalimi diri dengan melakukan perkara yang lagha,perkara duniawi,sedangkan baginda Rasulullah sering kali bersifat zuhud terhadap dunia. Rasulullah s.a.w penah ke pasar dan terjumpa bangkai  yang cacat akan  anggotanya lalu memegang ekornya dan bertanya kepada mereka yang berada di dalam pasar itu "adakah haiwan yang mati ini tidak berharga lagi buat pemiliknya?" Lalu mereka menjawab "bangkai ini tidak berharga lagi buat mereka ,kerana itu mereka mencampakkannya ya Rasulullah.'' Kemudian baginda menjawab lagi "dunia ini jauh lebih hina berbanding bangkai yang mati ini kepada Allah." Terbukti daripada hadith di atas tentang kerugian yang kita perolehi hasil daripada mengagungkan duniawi.. Astaghfirullah ya Allah ampunkanlah kami saat kami menzalimi diri dan ampunkanlah kami saat kami mengingati dunia melebihi Diri-Mu..
Yang elok itu datang dari Allah,
Yang buruk itu datang dari Allah JUga tetapi diburukkan lagi 
oleh diri sendiri..
wallahu'alam. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...