Tuesday

siapa kita untuk Menguji???

Assalammualaikum wbt,alhamdulillah hari ini sekali lagi berkelapangan untuk menulis.. Perkongsian hasil tazkirah daripada seorang kakak yang semangat jihadnya tinggi sekali. Pesannya siapa kita untk menguji?? Menguji keutuhan ukhuwwah di antara sahabat sahabiah. Sedar ataupun tidak , tanpa kita mahupun ada di dalam sesuatu gerak kerja itu , gerak kerja tetap berjalan.. Yang rugi adalah diri sendiri,kerana apa? Kerana, disamping berpeluang menuntut ilmu sahabat sahabiah yang lain mendapat kemuliaan dari Allah. Apabila bergerak kerja sudah semestinya mereka akan melupakan perkara keduniaan berbanding mereka yang langsung tidak bergerak kerja.. Bahkan yang ditakuti skan mendapat saham dosa itu sendiri,na'uzubillah min dzaliq.. 
Duhai pembaca yang dihormati,kita berada dilandasan yang benar,di jalan yang lurus,yang syumul,tidak ada kecacatan sama sekali,jangan sekali kita menanam niat untuk futur dari perjuangan islamiah,jangan sekali-kali kita membuat pelbagai alasan untuk tidak bergerak kerja,khuatir lah akan diri sendiri kerana kegembiraan yang kita rasa boleh jadi merupakan satu amaran dari Allah kerana kelalalain kita selama ini,boleh jadi kesenangan yang kita miliki itu merupakan tanda kemurkaan Allah kepada kita .. Sebagai mereka yang telah diberi anugerah Allah untuk menegakkan kalimah-Nya di muka bumi ini kita harus lebih efisien,istiqamah,lebih mantap berbanding mad'u kita.. Bahkan Rasulullah saw sendiri menjadi murobbi sepanjang zaman buat mereka yang beriman. Rasulullah menjadi nadi penggerak mereka untuk bergerak kerja,malu dirir ini apabila saudara-saudara yang lain hanya tahu nama baginda sahaja namun bukan perjuangan baginda untuk membuatkan kita manusia umat zaman merasakan nikmat Islam itu,jerit perih baginda menghadapi dugaan demi dugaan daripada kaumnya sendiri kaum Arab yang amat mengagungkan tuhan ciptaan mereka. Namun hasil kesabaran yang tinggi pejuang yang mantap dapat dilahirkan bahkan mampu menakhluki 2/3 dunia..
Pembaca yang budiman sejauh mana kita mencintai Rasulullah ?? Andai benar adanya secebis rasa cinta itu buat baginda mengapa kita tidak berusaha untuk menegakkan kalimah Islam itu?

Allah telah berfirman di dalam surah Ali Imran:103 yang bermaksud "dan berpegang teguhlah kamu pada tali(agama) Allah dan janganlah kamu berpecah-belah dan ingatlah akan nikmat Allah (yang diberikanNya) kepadamu ketika kamu telah bermusuh-musuhan,lalu disatukanNya hatimu,sehingga kamu menjadi orang-orang Islam yang bersaudara dengan nikmatNya. Dan kamu dahulu telah berada di pinggir lubang neraka,Lalu Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu ,mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk." Melalui ayat itu tadi dapatlah kita simpulkan bahawa Islam adalah agama yang Allah redhai,dan tiada alasan untuk mengatakan tidak terhadap jihad!!! Allah berfirman dai dalam surah As-Saff:4 yang bermaksud"sesungguhnya Allah mencintai hambaNya yang berjihad pada jalanNya,dan berbaris-baris seolah-olah bangunan yang kukuh." Tidak ada nikmat lain yang mampu dkecapi melainkanmati selain mati syahid.. Di dalam doa ma'thurat seringkali kita membacakan ayat "wa mitha ala syahadathiq fi sabiliq: matikanlah kami dalam keadaan syahid di jalan mu." Ayuh bangkitlah duhai muslimin muslimat dari tempat berselimut,Allah itu lebih dekat berbanding urat saraf  leher kita.. Sejauh mana kita memuaskan hati kita?? Sejauh mana kita telah memuaskan hati Allah??? Allah sentiasa memerhatikan kita HambaNya,Khilafah boleh terbentuk bila-bila masa sahaja,namun tidak mahukah kita tergolong di dalam golongan yang sedikit itu??
Wallahu'alam.. Yang baik itu datang dari Allah,yang buruk itu datang dari Allah jua namun diburukkan lagi oleh diri sendiri..

Monday

Kau Pejuang Istimewa..

Wanita dirimu bak permata berharga,
kehormatanmu langsung tidak tercela,
kakimu berjalan di muka bumi unuk menegakkan lkebenaran,
bibirmu sentiasa mengalunkan kalammullah sentiasa berzikir,
sentiasa menghulurkan bantuan meskipun dalam kesempitan,
sentiasa bersedekah meskipun miskin harta,
bangkit disaat semua mulai tumbang,
bersuara saat semua diam dari kebenaran,
meneruskan perjuangan nabi junjungan Umat,
menegakkan kalimah Allah tanpa gentar,
tiada istilah syadid saat dharurat,
sentiasa mengutuhkan ukhuwwah,
menggalas amanah yang diberi dengan sempurna,
menangis disaat mengenang dosa yang lalu,
menanam peringatan peribadi bahawa mahar Rasulullah adalah pengorbanan 
dan mahar Allah adalah syurga yang pasti,
mengharapkan kematian sebagai syahidah di medan perang,
kau berharap agar adanya lagi pejuang yang meneruskan perjuangan Islamiah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...